Published: 29 June 2015
Salam sejahtera
Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyrakat Islam Dr Yaacob Ibrahim,
Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Masagos Zulkifli,
Pengerusi Bersama RRG Ustaz Ali dan Ustaz Hasbi,
Tetamu Kehormat,
Hadirin sekalian…
Pihak Pemerintah menghargai usaha masyarakat dalam menangani peluasan fahaman radikal. Adalah penting untuk para pemimpin agama dan asatizah kita bukan sahaja mempunyai pemahaman yang mendalam tentang ajaran agama, tetapi juga mempunyai pengetahuan yang baik bagaimana kita semua dapat hidup bersama secara aman dan harmoni dalam masyarakat berbilang bangsa dan berbilang agama.
Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) telah memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru secara berterusan supaya warga Singapura tidak terpengaruh dengan fahaman radikal. Inisiatif terkini merupakan usahasama antara RRG dengan MUIS untuk menyampaikan ceramah ringkas sebelum khutbah Jumaat di masjid.
Hari ini, RRG melancarkan satu lagi inisiatif baru, iaitu talian bantuan RRG (1800-7747747) yang akan mula beroperasi pada 1 Julai. Talian bantuan ini akan dikendalikan oleh para kaunselor RRG yang dapat menjelaskan konsep-konsep agama yang telah disalahgunakan oleh golongan pelampau. Para pemanggil juga boleh mendapatkan bantuan sekiranya mereka mengesyaki seseorang yang mereka kenali telah dipengaruhi fahaman radikal.
Kita ingin menyelamatkan lebih ramai orang daripada menjadi radikal. Para belia, seperti belia berusia 17 tahun yang ditahan baru-baru ini, mungkin mudah dipengaruhi oleh bahan-bahan radikal di dalam talian. Belia tersebut kini telah dibebaskan dan dikenakan Perintah Sekatan. Jika bantuan dapat diberikan di peringkat awal, kita dapat menyelamatkan mereka dan membimbing mereka ke jalan yang benar, sebelum mereka bertukar menjadi radikal sehingga mengancam keselamatan diri mereka sendiri serta orang lain.
Sekalung penghargaan kepada RRG di atas inisiatif ini yang dilancarkan tepat pada masanya. Talian bantuan ini merupakan sumber tambahan di dalam usaha membanteras ancaman fahaman radikal yang semakin meningkat.
Ramadan Mubarak!
__________________________________________________________________________________________________
(English Translation of Malay Speech)
Good evening
Minister Dr Yaacob Ibrahim,
Second Minister Masagos Zulkifli,
RRG Co-Chairmen Ustaz Ali and Ustaz Hasbi,
Distinguished guests,
Ladies & Gentlemen…
The Government appreciates the efforts of the community to counter the spread of radical ideology. It is important that our religious leaders and teachers not only have a deep understanding of the religious tenets, but also how we can all live together peacefully and harmoniously in a multi-racial, multi-religious society.
The Religious Rehabilitation Group (RRG) has continually introduced fresh initiatives to help prevent Singaporeans from becoming wrongly influenced by radical ideology. The most recent initiative is your collaboration with MUIS to conduct outreach talks at mosques before every Friday sermon.
Today, the RRG launches another new initiative, the RRG helpline (1800-7747747) which will start operating on 1 July. This helpline is manned by RRG counsellors, who can provide clarification on religious concepts misused by extremists. Callers can also seek help when they suspect that someone they know might be radicalised.
We want to save more people from becoming radicalised. Young persons, like the 17-year-old youth who was recently arrested may be vulnerable to radical influences online. The youth has now been released on a Restriction Order. If help is sought early, we can save individuals and help guide them away from the wrong path, before they become radicalised to the extent that they harm themselves and others.
We thank the RRG for this timely initiative. This helpline will provide an additional resource to help counter the growing threat of radicalism.
Ramadan Mubarak!
Annex