Speeches

The 12th MHA Appreciation Lunch for Community Volunteers - Speech by Mr Teo Chee Hean, Deputy Prime Minister and Coordinating Minister for National Security

Published: 03 September 2016

Majlis Makan Tengah Hari Penghargaan MHA bagi Sukarelawan Masyarakat  - Ucapan Encik Teo Chee Hean, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara

 

"Bekerjasama untuk Menentang Ancaman Fahaman Radikal dan Eksklusif"

 

Para tetamu kehormat,

 

Tuan-tuan dan puan-puan.

 

Selamat petang.

 

1.. Saya gembira berada di sini pada hari ini untuk mengiktiraf usaha baik dan sumbangan yang tidak ternilai oleh para sukarelawan masyarakat kita dalam perjuangan berterusan menentang keganasan.

 

Ancaman Fahaman Radikal


2.. Lima belas tahun selepas penemuan rangk

 

aian Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, ancaman terorisme atau keganasan tidak menunjukkan tanda-tanda ia berkurangan. Malah, bilangan kumpulan pengganas telah meningkat. Mereka boleh mempunyai fahaman yang berlainan, tetapi mereka berkongsi matlamat yang sama - untuk menjadikan negara kita tidak stabil dengan menimbulkan ketakutan dan menyemai perbalahan./ Mereka melakukan diayah ini dengan menggunakan agama sebagai topeng untuk mempengaruhi masyarakat menyertai perjuangan songsang mereka.

 

3.. ISIS kini menerima tekanan ketenteraan yang sengit di Syria dan Iraq.  Sebagai tindak balas, ia telah meningkatkan taruhan dengan menggalakkan pengikutnya untuk meningkatkan tindakan keganasan di negara-negara di seluruh dunia. Ia terus mempengaruhi individu untuk pergi ke Syria bagi melakukan jihad bersenjata.  Sekitar 1,000 (seribu) orang dari Asia Tenggara telah melakukannya, termasuk dari Indonesia, Filipina, Malaysia dan Singapura. Di Malaysia, pihak berkuasa telah memberkas kira-kira 240 (dua ratus empat puluh) individu yang terkait dengan ISIS sejak tahun 2013 (dua ribu tiga belas), jumlah ini termasuk anggota pasukan keselamatan.

 

4.. Beberapa warga Singapura telah ditahan kerana niat mereka untuk berjuang di Syria. Antara Januari 2015 (dua ribu lima belas) hingga Ogos 2016 (dua ribu enam belas), 8 (lapan) rakyat Singapura telah ditahan dan 5 (lima) yang lain diletakkan di bawah Perintah Sekatan kerana kegiatan radikalisasi. Sementara itu, sebilangan rakyat Singapura telah pergi ke Syria untuk mengambil bahagian dalam konflik itu.  

 

5.. Anda juga telah membaca tentang plot kumpulan yang berkait dengan ISIS di Batam. Mereka mahu menyerang Marina Bay dengan roket. Perkembangan ini menunjukkan bahawa ancaman keganasan pada Singapura adalah benar dan serius.

 

Ancaman Fahaman Eksklusif


6.. Doktrin melampau ISIS dan kumpulan-kumpulannya juga mahu memecahbelahkan masyarakat kita.  Mereka menekankan perbezaan-perbezaan antara kita dan memecahbelahkan masyarakat kita berdasarkan kepentingan dan kepercayaan yang sempit. Contohnya, beberapa individu ini cuba meyakinkan anggota masyarakat kita bahawa adalah haram (dilarang) untuk menyampaikan ucap selamat Hari Krismas atau Deepavali kepada orang bukan Islam. Ada juga yang menolak Singapura sebagai sebuah negara sekular kerana pada mereka "sekularisme" bertentangan dengan Islam dan "demokrasi" pula adalah konsep buatan manusia yang tidak berakar dari Islam. Pandangan dan kepentingan yang sempit itu bertentangan dengan keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama dalam negara demokratik kita. Lantas, kita tidak boleh membiarkan ancaman fahaman eksklusif ini memecahbelahkan masyarakat kita dan merosakkan keharmonian sosial kita.   Usaha Masyarakat Memerangi Fahaman Radikal dan Eksklusif  

 

7.. Sementara pasukan keselamatan kita bekerja keras untuk mengesan, mencegah, dan menangani serangan, usaha masyarakat adalah kunci utama dalam menangani ancaman ideologi radikal dan fahaman eksklusif. Kita boleh menumpukan usaha kita dalam tiga bidang.  

 

8.. Pertama, kita mesti mengekang penyebaran fahaman ISIS dan menyokong usaha de-radikalisasi dan mengintegrasikan semula tahanan kita ke dalam masyarakat. Kumpulan Pemulihan Agama (RRG) telah melancarkan aplikasi mudah alih untuk memerangi fahaman radikal dan hotline serta laman web bagi menentang ajaran salah yang disebarkan oleh golongan pelampau. Kumpulan Jagaan Susulan Antara Agensi pula membantu tahanan kita kembali ke pangkuan masyarakat.

 

9.. Kedua, kita perlu memastikan bahawa ajaran-ajaran pelampau tidak bertapak dalam masyarakat kita. Saya gembira masyarakat kita menyokong penuh Skim Pengiktirafan Asatizah dijadikan skim yang mandatori.  

 

10.. Pada masa yang sama, kita juga perlu mengawasi pendakwah asing yang mengajar dengan pandangan-pandangan yang eksklusif. Baru-baru ini, dua orang warga Singapura radikal telah dipengaruhi dengan mendengar stesen radio agama, Radio Hang yang berpangkalan di Batam.  

 

11.. Di Malaysia, pihak berkuasanya juga mengambil peranan aktif untuk mengelakkan ajaran-ajaran yang boleh menyebabkan perpecahan dan pergeseran dalam masyarakat Islam. Pada awal tahun ini, pihak berkuasa Johor telah mengharamkan 16 (enam belas) pendakwah daripada memberi ceramah, berdakwah atau mengeluarkan kenyataan. Malah, salah seorang daripada mereka merupakan warga Singapura, Rasul Dahri. Dia didapati bersalah mengajar tanpa tauliah dan menyebarkan ajaran-ajaran yang bercanggah dengan lunas Islam di Johor.  Dia telah dihukum penjara selama setahun.  

 

12.. Oleh itu, saya memuji masyarakat kita yang mengenal pasti keperluan untuk membangunkan lagi para guru dan pemimpin agama, supaya mereka lebih biasa dengan konteks kepelbagaian kaum dan agama setempat, dan mereka boleh membantu mengekalkan keharmonian sosial yang kita nikmati sehingga hari ini.  

 

13.. Ketiga, masyarakat perlu bertindak untuk memastikan bahawa amalan Islam yang sederhana dan inklusif di Singapura dikekalkan dan dipertahankan. Kita mesti mengambil pendirian yang jelas supaya semua masyarakat di Singapura bersatu dengan masyarakat Islam kita dengan menolak pandangan pelampau. Serangan pengganas yang dilakukan atas nama apa-apa agama pun boleh membawa ketidakpercayaan terhadap masyarakat tersebut. Kita telah melihat perkara ini berlaku di negara-negara lain, di mana serangan atas nama Islam telah membawa peningkatan pada Islamofobia dan reaksi negatif daripada masyarakat lain.

 

14.. Apabila semua masyarakat di Singapura melihat usaha pemimpin dan masyarakat Muslim menolak fahaman pelampau dan radikalisme dengan jelas, masyarakat Singapura akan faham bahawa tindakan beberapa pengganas dan pengikut radikal yang mendakwa mereka mengikuti Islam, tidak mencerminkan masyarakat Islam secara keseluruhannya. Dengan sokongan daripada para pemimpin semua kaum, kita dapat membina ketahanan sosial dan bangkit sebagai sebuah masyarakat yang bersatu sekiranya sesuatu serangan berlaku.  

 

Penutup  

 

15.. Pemerintah menghargai usaha anda selama ini untuk mengukuhkan perpaduan sosial dan daya tahan kita. Kami menghargai usaha anda untuk melawan penyebaran fahaman ISIS dan usaha de-radikalisasi dan integrasi semula tahanan kita. Rakan-rakan pemimpin anda dari agama dan kaum lain juga telah memuji usaha gigih anda, dan mereka berdiri padu bersama anda dalam menentang ekstremisme.

 

16.. Kita mesti bertindak untuk menetapkan nada Islam supaya semua masyarakat Singapura memahami pendirian jelas yang diambil oleh masyarakat Islam kita. Apabila semua masyarakat dan kaum bekerjasama, kita boleh membentuk barisan hadapan yang kuat dan bersatu dalam menentang pandangan-pandangan pelampau.

 

17.. Kita tidak boleh mengalah.  Kita mesti siap siaga dan bertindak sekarang, sebelum serangan berlaku, supaya kita semua boleh berdiri bersama-sama sekiranya berlaku serangan pengganas.  Kita akan lakukan semua yang terdaya untuk mengekalkan keharmonian sosial yang kita amat hargai.   

 

18.. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi. Saya amat yakin bahawa para pemimpin masyarakat kita  akan terus mengambil langkah-langkah tegas dan yakin untuk menentang ancaman ideologi radikal dan fahaman eksklusif.  Terima kasih.

[ENGLISH TRANSLATION]

 

"Working Together to Counter the Threat of Radical Ideology and Exclusivism" 


Distinguished guests,

 

Ladies and gentlemen. 

 

Good afternoon. 

 

I am happy to be here today to recognise the good work and valuable contributions of our community volunteers in our ongoing fight against terrorism.

 

Threat of Radical Ideology

 

2. Fifteen years after the discovery of the Singapore Jemaah Islamiyah (JI) network, the terrorism threat shows no signs of abating.  The number of terrorist groups has increased. They may have differing ideologies, but they share the same objective – to destabilise our country by striking fear and sowing discord. They do this by using religion as a cover to influence people to join their cause. 

 

3. ISIS is now under severe military pressure in Syria and Iraq. In response, it has raised the stakes by encouraging its followers to conduct acts of terror in countries across the world.  It also continues to influence individuals to go to Syria to carry out armed jihad. About 1,000 persons from South East Asia have done so, including from Indonesia, the Philippines, Malaysia and Singapore. In Malaysia, the authorities have arrested some 240 ISIS-linked individuals since 2013, including members of their security forces.    

 

4. A number of Singaporeans have been detained because of their intention to fight in Syria. Between Jan 2015 till Aug 2016, 8 Singaporeans have been detained and 5 others placed on Restriction Orders for radicalisation.  Meanwhile, a handful of Singaporeans have gone to Syria to participate in the conflict.  

 

5. You would also have read about the plot by an ISIS-linked group in Batam to attack Marina Bay with a rocket.  These developments show that the terrorism threat to Singapore is real and serious. 

 

Threat of Exclusivism


6. The extreme doctrines of ISIS and other such groups also seek to split society. They emphasise differences and split communities by narrow interests and beliefs.  For example, some of these individuals try to convince others that it is haram (forbidden) to convey Christmas or Deepavali greetings to non-Muslims. Others reject Singapore as a secular nation-state because according to them, "secularism" is contrary to Islam and "democracy" is a man-made concept that is not rooted in Islam.  Such narrow views and interests run counter to our harmonious, multi-racial, multi-religious democratic society. We must not let this threat of exclusivism split our communities and harm our social harmony.     

 

Community Efforts to Counter Radical Ideology and Exclusivism   

 

7. While our security forces work hard to detect, prevent, and deal with an attack, community efforts are key to countering the threat of radical ideology and exclusivism. We can focus our efforts in three areas.    

 

8. First, to counter the spread of ISIS ideology and to support the de-radicalisation and re-integration of our detainees. The Religious Rehabilitation Group (RRG) has launched a mobile app to combat radicalisation, and a hotline and website to counter the wrong teachings spread by extremists. The Inter-Agency Aftercare Group is also helping our detainees to re-integrate into society.  

 

9. Second, we need to make sure that extremist teachings do not gain a foothold in our community. I am glad that the community is fully supportive for the Asatizah Recognition Scheme to be made mandatory.

 

10. At the same time, we also need to be watchful of foreign preachers who preach exclusivist views.  Recently, two radicalised Singaporeans had been influenced by listening to Batam-based religious radio station, Radio Hang.

 

11. In Malaysia, the authorities are also taking an active role to prevent teachings that can cause rifts and friction within the Muslim community. Early this year, the Johor authorities banned 16 preachers from giving talks, preaching or issuing statements. In fact, one of them was a Singaporean, Rasul Dahri. He was found guilty of teaching without accreditation and for propagating teachings that were contrary to the tenor of Islam in Johor, and sentenced to one year's jail.

 

12. I therefore applaud the community for recognising the need to further develop our religious teachers and leaders, who will be familiar with our local multi-racial, multi-religious context, and can help uphold the social harmony we enjoy today.

 

13. Third, the community must act to ensure that Singapore's practice of moderate and inclusive Islam is maintained and upheld. We must take a clear stand so that all communities in Singapore are united with our Muslim community against extremist views. A terrorist attack carried out in the name of any particular religion could bring about mistrust against that particular community. We have seen this in other countries where attacks in the name of Islam have led to a rise in Islamophobia and negative reactions among other communities.

 

14. When all communities in Singapore see the efforts of our Muslim leaders and community to clearly reject extremism and radicalism, they will understand that the actions of a few terrorists or radicals who claim to follow Islam, do not reflect our Muslim community as a whole. With the support of leaders of all communities, we can build social resilience and bounce back as one united community should an attack occur.


Conclusion

 

15. The Government appreciates your efforts over the years to strengthen social cohesion and resilience. We value your efforts to counter the spread of ISIS ideology and the de-radicalisation and re-integration of our detainees.  Your fellow leaders from other religions and communities have also praised the hard work you have put in, and stand in solidarity with you in countering extremism.  

 

16. We must act to set the tone of Islam so that all communities in Singapore understand the clear stand that our Muslim community has taken. With all communities working together we can from a strong and united front against extremist views.

 

17. We must not let up.  We must prepare now, and act now, before an attack happens, so that we can all stand together in the event of a terrorist attack, doing all that we can to maintain the precious social harmony that we all value.  

 

18. Let me thank you once again. I have every confidence that our community leaders will continue to take firm and decisive steps to counter the threat of radical ideology and exclusivism.

 

19. Thank you.

Topics

Managing Security Threats
Volunteers