Published: 15 March 2017
"Building a United and Cohesive Society - Working Together to Counter the Threat of Radical Ideology and Exclusivism"
Parliamentary Secretary Mr Amrin Amin,
Co-Chairmen of Religious Rehabilitation Group (RRG)
Ustaz Ali Mohd and Ustaz Mohd Hasbi Hassan,
Deputy Chief Executive MUIS, Dr Albakri Ahmad,
RRG members,
1. Salaam alaikum, and a very good afternoon. Today, I would like to speak to you about the terrorism situation and how we can work together to counter the threat of radical ideology and exclusivism.
Overview of Terrorism Situation
2. The threat of terrorism to Singapore and the region is at its highest level in recent years.
3. ISIS is facing severe pressure in Syria and Iraq. ISIS fighters are likely to disperse and find new battlegrounds. There were ISIS-linked attacks in Indonesia and Malaysia last year, and a plot to fire a rocket at Marina Bay from Batam. Isnilon Hapilon, a leader of Abu Sayyaf had even been recognised by ISIS as the leader of a new wilayat - the "soldiers of the Caliphate in the Philippines".
4. We have to be prepared for attacks from ISIS-linked cells in Southeast Asia.
5. Beyond the terrorist threat, we must also keep a close watch on exclusivist and divisive teachings or statements. We have seen this in other countries. Attacks claimed to be in the name of Islam have led to a rise in Islamophobia, with anti-immigration rhetoric and negative reactions among other communities. More importantly, no person should spread ill-will against other religions or non-believers.
6. The Government takes a strong stand on such teachings or statements. We will investigate each case carefully, and take action if necessary. It has taken many years for us to build a cohesive society, united as one people regardless of race or religion. We must focus on what we have in common rather than allow others to divide us.
RRG's role in a Changing Security Landscape
7. The RRG can assist at three levels to help build a united and cohesive society.
8. First, at the individual level, RRG counsellors can help individuals at risk and the detainees to support their rehabilitation.
9. The profile of such individuals has changed. They are significantly younger, have no prior terror links and were self-radicalised by extremist propaganda. They often suffer from a range of psychological issues – for instance, with their families, or with their colleagues or workmates. They are confused about how they should respond to global events. I thank all of you for your dedication and personal efforts to help bring young Singaporeans who had been led astray back to the right path.
10. Second, at the community level, the RRG can play a "peace-building" role. The RRG can enhance cohesion and promote inter-faith understanding. By working with other communities and religious groups, we can show how Islam as a religion is inclusive and consistent with our Nation's values.
11. This is especially important as exclusivist religious teachings from the internet or preachers have tried to make inroads into Singapore. The RRG Resource and Counselling Centre helps to promote an appreciation of Islam, and strengthen the bonds between our communities.
12. Third, the RRG can continue to strengthen the understanding of the practice of Islam within our multi-racial and multi-religious context. The theme of this year's retreat, 'The role of asatizah in peace-building' is timely.
13. RRG has worked closely with MUIS to on the Asatizah Recognition Scheme. This will help assure Muslim parents on the guidance for our youths, and inoculate the next generation against terrorist propaganda.
14. We are not alone in this fight. I am pleased that Dr Abdulrahman Alhadlaq, Director-General of the Ideological Security Directorate, Ministry of Interior from Saudi Arabia, is joining this Retreat. We can learn from each other and see how to adapt the experiences to Singapore's multi-racial and multi-religious context.
Conclusion
15. Every one of you in the RRG has worked tirelessly. You help counsel individuals, play a "peace-building" role at the community level, and strengthen the understanding of how to practise religion in our multi-religious context. You make an important contribution to maintaining peace and harmony among all Singaporeans.
16. Terima Kasih.
UCAPAN DPM TEO CHEE HEAN, TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PENYELARAS KESELAMATAN NEGARA DI MAJLIS DI RAHAT KE-13 KUMPULAN PEMULIHAN AGAMA (RRG)
"Membina Masyarakat Bersatu Padu – Bekerjasama Menentang Ancaman Fahaman Radikal dan Eksklusif"
Setiausaha Parlimen Encik Amrin Amin,
Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Agama (RRG)
Ustaz Ali Mohd dan Ustaz Mohd Hasbi Hassan,
Timbalan Ketua Eksekutif MUIS, Dr Albakri Ahmad,
dan anggota-anggota RRG,
Salam sejahtera, dan selamat petang kepada anda semua. Hari ini, saya akan berucap tentang situasi keganasan dan bagaimana kita boleh bekerjasama untuk menentang ancaman fahaman radikal dan eksklusif.
Tinjauan Situasi Keganasan
2. Ancaman keganasan ke atas Singapura dan rantau ini adalah pada tahap tertinggi pada tahun-tahun kebelakangan ini.
3. ISIS sedang menghadapi tekanan hebat di Syria dan Iraq. Para pejuang ISIS besar kemungkinan akan bersurai dan mencari medan pertempuran baharu. Pada tahun lepas, terdapat serangan-serangan berkait dengan ISIS di Indonesia dan Malaysia, dan plot untuk menembak roket ke Marina Bay dari Batam. Isnilon Hapilon, seorang pemimpin Abu Sayyaf telah pun diiktiraf oleh ISIS sebagai pemimpin sebuah wilayat baharu - "tentera Khalifah di Filipina".
4. Kita perlu terus bersiap sedia untuk menghadapi serangan daripada sel-sel terkait ISIS di Asia Tenggara.
5. Melangkaui ancaman pengganas, kita juga perlu memerhatikan dengan teliti ajaran atau kenyataan yang eksklusif dan memecah-belahkan. Kita telah melihat hal ini berlaku di negara-negara lain. Serangan-serangan yang didakwa dilakukan atas nama Islam telah membawa kepada peningkatan Islamofobia, dengan retorik anti-imigrasi dan reaksi negatif dalam kalangan masyarakat lain. Lebih penting lagi, tiada seorang pun boleh menyebarkan niat jahat terhadap agama-agama lain atau orang-orang yang tidak mempercayai agama itu.
6. Pemerintah mengambil pendirian tegas terhadap ajaran-ajaran atau kenyataan-kenyataan seperti itu. Kami akan menyiasat setiap kes dengan teliti, dan mengambil tindakan jika perlu. Kita telah mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu padu sebagai sebuah negara tanpa mengira kaum dan agama. Kita perlu memberi tumpuan kepada apa yang kita punyai bersama daripada membiarkan orang lain memecahbelahkan kita.
Peranan RRG dalam Landskap Keselamatan yang Berubah
7. RRG boleh membantu pada tiga peringkat untuk membina masyarakat yang bersatu padu.
8. Pertama, pada peringkat individu, kaunselor RRG boleh membantu individu yang berisiko dan para tahanan untuk menyokong pemulihan mereka.
9. Profil individu-individu itu telah berubah. Kini, mereka jauh lebih muda, tiada kaitan awal dengan keganasan dan menjadi radikal secara sendiri kerana pengaruh propaganda pelampau. Mereka sering menghadapi pelbagai isu psikologi - misalnya, dengan keluarga, kawan atau rakan sekerja. Mereka keliru tentang bagaimana mereka perlu bertindak balas terhadap peristiwa-peristiwa global. Saya ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana dedikasi dan usaha peribadi anda untuk membantu membawa rakyat muda Singapura yang telah disesatkan kembali ke jalan yang benar.
10. Kedua, pada peringkat masyarakat, RRG boleh memainkan peranan sebagai "pembina kedamaian". RRG boleh mempertingkatkan perpaduan dan menggalakkan pemahaman silang agama. Dengan bekerjasama dengan masyarakat dan kumpulan agama yang lain, kita boleh menunjukkan bahawa Islam ialah agama yang inklusif dan nilai-nilainya selaras dengan nilai-nilai negara kita.
11. Ini adalah penting terutamanya apabila ajaran-ajaran agama yang eksklusif dari Internet atau pendakwah telah cuba memasuki Singapura. Pusat Sumber dan Kaunseling RRG membantu menggalakkan penghayatan Islam, dan mengukuhkan perpaduan antara masyarakat-masyarakat kita di Singapura.
12. RRG boleh terus mengukuhkan pemahaman amalan Islam dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan agama. Tema rahat tahun ini, 'Peranan asatizah dalam membina kedamaian' memang tepat pada masanya.
13. RRG telah bekerja rapat dengan MUIS untuk melaksanakan Skim Pengiktirafan Asatizah. Ini akan membantu memastikan ibu bapa Muslim dapat memberikan bimbingan yang baik untuk golongan muda, dan mencegah mereka daripada terpengaruh akan propaganda pengganas.
14. Kita tidak berseorangan dalam perjuangan ini. Saya gembira Dr Abdulrahman Alhadlaq, Pengarah Agung Direktorat Keselamatan Ideologi, Kementerian Ehwal Dalam Negeri Arab Saudi, menyertai rahat ini. Kita boleh belajar antara satu sama lain dan melihat bagaimana kita dapat menyesuaikan pengalaman negaranya dengan konteks berbilang kaum dan agama di Singapura.
Kesimpulan
15. Setiap daripada anda dalam RRG telah bekerja tanpa mengenal penat lelah. Anda membantu menasihati individu, memainkan peranan sebagai "pembina kedamaian" pada peringkat masyarakat, dan mengukuhkan persefahaman tentang bagaimana kita dapat mengamalkan kehidupan beragama dalam konteks negara berbilang agama. Anda membuat sumbangan penting untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Singapura.
16. Terima Kasih.